PROFIL PERSATUAN | KATA ALUAN | AKTIVITI PERSATUAN | BULETIN | KEAHLIAN | HUBUNGI KAMI

ayah.jpg

 
Kapt(B) Ishak Bin Saud pck
H/P 019-5696218
Pengerusi Persatuan Penduduk taman Lembah Permai

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ,
 
Semoga tuan-tuan dan puan-puan diberkati Allah selalu. Pertama sekali ingin saya panjat kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita mengadakan laman web ini.
 
Tujuan laman web ini adalah untuk mendekatkan persatuan penduduk Taman Lembah Permai kepada penduduk Taman Lembah Permai khasnya dan kepada semua pelawat seluruh malaysia amnya.
 
Disamping itu laman ini berfungsi sebagai perantara AJK persatuan dengan ahli-ahli persatuan ini. Terutamanya tentang:
 
a.  Pemberitahuan tentang aktiviti-aktiviti yang akan, sedang dan telah di laksanakan 
 
b. Dengan adanya laman ini penduduk boleh memberi sebarang komen,cadangan dan bantahan kepada pihak persatuan supaya setiap komen,cadangan dan bantahan tersebut dapat direkodkan dan seterusnya di ambil tindakan.
 
c. Boleh mengenali dengan lebih rapat lagi AJK dan ahli-ahli persatuan
 
Oleh yang demikian gunalah laman ini dengan bijak supaya kita memperolehi manfaat dari laman ini
 
Akhir kata saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua AJK dan ahli persatuan serta orang perseorangan yang bertungkus lumus bekerjasama menerbitkan laman ini dengan sempurna
 
Sekian Wabilahitauwalhidayah wassalamualaikumwaramatullahiwabarakatuh
 
Terima Kasih
 
Ikhlas dari Pengerusi
 

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMPERTAHANKAN HAK KITA SUPAYA KITA SENTIASA HIDUP DENGAN SELESA