PROFIL PERSATUAN | KATA ALUAN | AKTIVITI PERSATUAN | BULETIN | KEAHLIAN | HUBUNGI KAMI

BULETIN PERMAI (Terkini dan Benar)

PENGISYTIHARAN KAMPAR SEBAGAI DAERAH BARU YANG KE-10 DI PERAK      

KAMPAR, 21 MEI 09 – Satu lagi catatan sejarah terukir di negeri Perak dengan pengisytiharan Kampar sebagai daerah yang baru. Negeri Perak dahulunya terbahagi kepada sembilan daerah dan Kampar adalah kawasan di dalam daerah Kinta. Perwujudan Kampar sebagai daerah yang baru adalah hasil penggabungan dua daerah kecil iaitu Gopeng dan Kampar. Keputusan yang dibuat kerajaan negeri untuk menjadikan Kampar sebagai daerah yang ke-10 di Perak amatlah tepat dan wajar hasil daripada kemajuan yang telah di kecapi.

D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan D.Y.M.M. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Pengisytiharan Daerah Kampar. Majlis disambut dalam suasana penuh bersejarah dan gilang gemilang itu diadakan di Padang Bandar Baru, Kampar. Turut berangkat ke majlis tersebut D.Y.A.M. Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar bin Raja Muda Musa dan D.Y.A.M. Raja Puan Muda, Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah, Menteri Besar Perak serta pemimpin- pimpinan negeri.

Daerah Kampar suatu ketika dulu merupakan pengeluar terbesar bijih timah dunia di dalam kawasan Lembah Kinta. Dalam tempoh yang singkat, Kampar telah melalui arus pembangunan yang pesat dan terancang. Setelah terbinanya Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar mula dikaitkan sebagai kota mahasiswa dan pusat ilmu yang bakal mengembalikan semula kegemilangan Kampar ke persada dunia dengan melahirkan ratusan ribu graduan.

Selaras dengan perancangan untuk menjadikan sebuah bandar industri yang cekap lagi moden, pembangunan modal insan yang lebih terancang dengan memperkasakan jentera perkhidmatan awam bagi menyediakan perkhidmatan terbaik amatlah penting. Selain itu peranan tersebut perlu dimainkan oleh agensi kerajaan dan (NGO) termasuk golongan pemimpin dan masyarakat tempatan untuk sama-sama berganding bahu kearah merealisasikan pembangunan daerah Kampar yang mapan.

 

Pegawai Daerah Kampar menerima watikah pengisytiharan dari DYMM paduka seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak bertitah semasa perisytiharan Daerah Kampar.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak melancarkan gimik perasmian dimajlis tersebut.
Pegawai Daerah memperkenalkan anggota perkhidmtan awam Pejabat Daerah Kampar kepada DYMM Paduka Seri Sultan.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak menerima cenderahati daripada Pegawai Daerah Kampar.
Persembahan pentas tarian mendulang bijih timah oleh Kumpulan Selendang Perak.

 

PUTRAJAYA, June 24 (Bernama) -- Twelve new Influenza A(H1N1) confirmed cases have been reported over the past 24 hours said director-general of Health, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican today.

Mohd Ismail said from the total, 10 were 'imported cases' while two were locally transmitted cases.

Three of the cases identified involved two from Yemen and one from Indonesia while the rest were Malaysians who had visited Singapore, United Kingdom, Thailand, Philippines, Australia and the United States, he said.

"This has increased the number of confirmed cases in the country to 80, comprising 69 'imported cases' and 11 locally transmitted cases.

"The number of schools that had been closed due to the outbreak remains four while three schools had been directed to close one of their classrooms respectively," he told reporters after chairing a National Technical committee meeting on Influenza A (H1N1) here today.

Tarikh Akhir Kemaskini ( Khamis 25 Jun 2009 )
 

Kategori : IBADAH Akidah  
Tajuk :
Bersedekah untuk ‘orang Sebelah’
Hadith :
Daripada Abu Said al-Khudri ra ia berkata, : “Zainab isteri Ibnu Mas’ud telah datang lalu berkata: “ Ya Rasulullah, sesungguhnya engkau telah memerintahkan bersedekah pada hari ini. Aku memiliki perhiasan dan ingin aku sedekahkan. Tetapi Ibnu Mas’ud merasakan bahawa dirinya dan anaknya lebih berhak aku berikan sedekah” (al-Bukhari )
 
Bukhari

 

 
Huraian
Bersedekah adalah salah satu amalan sunat yang disarankan oleh Islam. Adalah penting bagi orang yang berharta untuk menghulurkan sedekah kepada mereka yang memerlukan. Keikhlasan dan ketulusan menghulurkan sedekah ini amat besar ganjarannya apatah lagi diberi keutamaan kepada ahli keluarga terdekat kerana pemberi sedekah berkenaan akan memperoleh dua ganjaran seperti mana sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa-i dan at-Tirmidzi yang bermaksud: "Sedekah kepada orang miskin (akan mendapat pahala) sedekah, sedangkan kepada kerabat (ganjarannya) ada dua, iaitu sedekah dan silaturahim"

Enter supporting content here